Akmal Haziq's Family

By: mama haziq

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 9-May-2006 00:53 Email | Share | | Bookmark
Brommmm....brommmm....

yeay..yeay..abah dah balik keje
jom abah..kita pusing2 seround muahahah
Dah 3 minggu dah abah beli motor ni Plan asal nak beli tahun depan sbb cepat sampai umah time balik keje. (taun depan kan haziq dah darjah 1 ) Tp disebabkan harga petrol makin naik jek...so abah ckp beli je la taun ni hehe. Org yg paling happy dah tentulah Haziq..hari2 nak naik motor ni. Sampaikan hari tu nak pi Cherating pun dia ajak naik motor...bleh pengsan kalau camni


Monday, 8-May-2006 03:31 Email | Share | | Bookmark
Besday Nana

meriah
besday girl & ibu


Hari Sabtu baru ni Haziq & Co pi besday party Adik Nana kat McD Equine Park. Seronok sgt!! Mama jumpa kawan2 borak2. Haziq plak seronok sbb dtp party pack & hadiah belated besday from Auntie Azie hehe. Tq auntie Azie. Mmg meriah ler majlis. Tapi satu je yg tak best. Haziq asyik asyik berkepit je dgn mama & abah. Sikit2 mama...sikit2 abah... (wat malu dgn adik2 yg dtg je).

Mama mmg x bwk kamera. So gambar yg ada ni ambil dr FP auntie Ja Tak sabar nak tgk FP auntie Gee plak. Mesti byk gambar2 yg menarik tu


Friday, 5-May-2006 05:54 Email | Share | | Bookmark
Cherating

3 day 2 nite kat sini
petang hari pertama
best mama
View all 20 photos...


dah lama mama haziq tak update FP. Kemalasan melanda

Last week office abah haziq wat Family Day kat Cherating. Stay kat Holiday Villa for 3 days 2 nite. Bilik hotel kurengg menarik ar kali ni. Food pun cam ala kadar je dorang bagi kita. Tp free punya pasal...belasah sajalah hehe.

Kitaorg bertolak +/- pukul 9.30 pagi 29 April dari KL. Sampai Holiday Villa jer..terus lunch & wat xtvt sendiri. Ptg lak ada xtvt kat pool. Abah & Haziq je la yg join. Mama Haziq malas nak berbasah2 ni hehe. Abah & the gang main polo air...mama tgk je la. Lepas puas main kat pool..kitaorg pi pantai plak. Mmg teruja ar tgk pantai Cherating ni...cantik & bersih. For the first time gak la Haziq mandi air laut
Mlm plak dinner kat dlm tu je. Makanan mmg hempeh.com. Tak sedap langsung. Dlm pukul 10+ camtu Haziq & co ikut member abah pi Pekan Chukai and lepak2 kat Kopitiam pekena roti bakar, nasi goreng, kuetiaw goreng, kopi O and tak lupa jugak milo ice utk haziq (lawak je rasa..sbb ni la pertama kali dok hotel..lepas dinner bleh kuar carik makan lagi hehe)

Hari ke2 plak lepas breakfast..ada sukaneka. Kali ni mama terpaksa join sbb byk xtvt berpasangan. Team mama menang tarik tali huhuhu...seronok sgt w/pun tangan lebam2 lepas tuh heheh. Haziq cuma join acara rebut gula2 jek sbb abah x kasi dia masuk acara lain (takut dia nangis kalau kalah )
Ptg...xtvt kat swimming pool lg...and berlanjutan ke tepi pantai plak lepas tuh. Mama cam biasa lepak je le (tukang ambil gambar muahaha). Kali ni abah main bola tampar plak. Haziq pulak ada xtvt dia sendiri. Buat "istana" dia ckp. Beriya2 korek pasir..tp x nampak pun jd istana hahaha. Bila dia tanya..terpaksa ler mama ckp "cantikkkkkk istana haziq" kuang kuang kuanggg. Mlm ke2 ni ada bbq & lucky draw. Abah cam biasa ler..x pernahnya bertuah...dpt RM100 jek hehe. Jadilah tu.

Last day plak..lepas breakfast...Haziq & co dah check-out dah sbb nak pi berjalan2 kat Pantai Cherating. Kebetulan kat sini ada Fiesta Pantai Cherating..so dpt ler tgk xtvt2 yg ada kat sana w/pun dah kurang meriah(sbb dah last day). Kt sini sempat gak ler abah belikan Haziq T-Shirt Cherating 2 helai utk Haziq, selai utk mama & selai utk adik Min kt umah. Balik KL dekat pukul 6 sampai rumah. Mmg penat betul masing2. Belum pukul 10mlm pun sumer dah masuk bilik ZzzzzzzzzZZZZ.


Wednesday, 15-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Haziq melawat Menara KL

masa ni hujan tgh lebat ni
susah betul nak ambik gambar haziq skrg
tgk tu..asyik nak lari jek
View all 6 photos...
Hari Sabtu 11/3/2006, Mama ngan Abah bawak Haziq naik menara KL. Kebetulan pulak hari tu kita tido kat Pacific Regency Hotel Apartments (mama dpt voucher masa dinner kt opis )..so dpt ler pegi sini. Bukan jauh mana pun..seberang jln hotel je dah sampai Menara nih hehe. Lepas selesai check-in..kita naik shuttle jek sampai atas. Abah malas bawak kerete. Tp satu jek tak best..masa Haziq sampai je sini ..tetiba hujan turun dgn lebatnya ...aduhhhh....rosak plan nak tgk KL dr atas. Nanti ler..bila2 free nanti mama ckp nak bwk Haziq kat sini lagi. Oh ye..time kasih la kat Uncle Shai (kawan abah yg keje kat sini) sbb kasi kad utk naik Menara KL ni secara PERCUMA hehe. Valid sampai bln 6 nih...so ada masa lagi ni kalau nak pi lg


Tuesday, 14-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tahun Baru Cina

merahnya mak ngahhhhhh
nak pi raya mana ek lepas ni..
alaa..sumer org dah balik kg ar...x leh pi raya hehe
View all 8 photos...


Lama dah tersimpan gambar ni. Malas nak update FP. Baju ni di sponsor oleh Wan Haziq. Wan belikan untuk Haziq ngan Adik Min sorang sepasang. Dah le Haziq mata sepet..ermmm..mmg sebijik ler macam anak cino heheh. Nanti kalau raya Deepavali...nak soh wan sponsor baju org India lak kekeke..tgk camner rupa hahaha...apa2 la mama Haziq ni kan..


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net