Akmal Haziq's Family

By: mama haziq

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Sunday, 18-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Makan2 di Tiara Intan

 
 

Terima kasih Hanis & Aji yg sudi jemput Linda&Co ke majlis house warming mereka. Cantik rumah dorang ni


Monday, 12-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kek Coklat Kukus

bahan2 - tepung, serbuk koko, telur & gula
susu cair, baking powder,soda bikarbonat, esen vanila & susu
bahan2 yg kena masak atas api kecil
View all 16 photos...

Petang smlm tanya Haziq, nak makan kek coklat tak? dia jawap "nak". Bahan2 mmg ada kat dapur cuma takde susu cair jer. So mcm biasa ler...abah ler tukang pi beli kat kedai.
Sejak pindah ni kat rumah mmg xde oven, so mama buat kek kukus jer la utk Haziq (rasa dia sama jer cam yg bakar punya heheh)


Sunday, 11-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Haziq & Ikan Laga

mula2 bersihkan batu warna warni ni dulu
lepas tu isikan dlm balang
next - isi kan air paip dlm balang
View all 17 photos...

Last week masa bertandang ke rumah kawan abah, Haziq dok leka tgk ikan dlm balang. Anak kawan abah punya. Balik rumah je merengek2 dia nak bela ikan juga. Ermm..kasi can ler kat dia. Lepas lunch, Abah ajak Mama & Haziq pi carik balang kat Giant. Lepas tu pi kedai ikan plak. Kemain seronok Haziq dpt bela ikan. Abah belikan Haziq ikan laga 3 ekor. Siap belikan batu warna warni sekali utk letak dlm balang. Excited sungguh Haziq. Tp ada ke sekor ikan laga jantan tu dia nak kasi nama "AYAM". Adoilaa...fening kepala mama & abah


Saturday, 10-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Malaysian Idol

sapa ek juara kali ni
haziq suka Nita. Sib baik smlm x terkeluar
cun ar Marion nih..(eh betul ke nama dia ni ye..ermm..)

Mcm biasa hari Sabtu temankan abah Haziq pi main bowling kat 1 Utama. Kebetulan pulak ada persembahan dari peserta Malaysian Idol kat sana. Pi le sekejap bwk Haziq tgk. Punya ler ramai umat manusia. Terpaksa lah mama dukung Haziq. Tak dpt ambil byk gambar psl sibuk mendukung budak yg dah umur 5 tahun ni. Adehh...bleh pengsan kalau hari2 kena dukung


Tuesday, 6-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Mari memasak lagi..heheh

 
 

Jom kita makan spaghetti pulak


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net